PROFIL

SEJARAH SMK TUN AMINAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (SMKTA) diasaskan pada awal tahun 1965, mengambil sempena nama DYMM Sultanah Tun Aminah, permaisuri Almarhum DYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Johor.

 Pada 21 September 1967, sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh En Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Motto SMKTA ialah ”SENTIASA BERUSAHA” yang bermaksud setiap SMKTA mesti sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Kini jumlah pelajarnya mencecah 1161 orang, bilangan guru yang sedang berkhidmat di SMKTA berjumlah 82 orang, bilangan staf sokongannya seramai 16 orang. Pelajar yang tinggal di asrama SMKTA berjumlah 250 orang.

Dari segi kurikulum, SMKTA adalah antara 5 buah sekolah yang sentiasa cemerlang pencapaian akademiknya. SMKTA sentiasa berada berada di tempat ketiga, bersaing dengan SMK(P) Temenggong Ibrahim dan SMK Tinggi Batu Pahat.

Untuk 10 tahun kebelakangan ini pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM amat membanggakan. Peratus kelulusan SPM pada 2013 93.62%  apabila buat pertama kalinya mata pelajaran Sejarah diambil kira dalam menentukan peratus kelulusan sekolah. Dalam PMR pula, SMKTA telah menerima Anugerah Peningkatan GPS Terbaik bagi mata pelajaran tertentu.

Dalam aspek kokurikulum SMKTA turut mampu menyaingi sekolah-sekolah lain di daerah Batu Pahat. Pelajar-pelajar SMKTA turut cemerlang dalam kokurikulum akademik khususnya dalam Karnival Bahasa Cina dan Arab yang diadakan pada setiap tahun. Pelajar-pelajar kelas Aliran Agama turut menunjukkan kecemerlangan mereka dalam pertandingan nasyid, berzanji, syarahan, pidato dan kuiz Bahasa Arab peringkat daerah dan negeri. Dua orang pelajar KAA telah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam.

Tahun 2014 pula memperlihatkan peguasaan pasukan Karate-do, apabila 2 orang pelajarnya berjaya beraksi di peringkat kebangsaan. Pelajar SMKTA juga muncul johan dalam acara menembak SUKMA manakala pasukan bola jaring pula menjuarai kejohanan peringkat negeri.

SMKTA juga boleh berbangga dengan pasukan beruniformnya kerana kecemerlangan yang ditunjukkan dalam bebrapa pertandingan kawad kaki. Pasukan Kadet Bomba SMKTA mewakili negeri Johor dalam pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan dan pasukan kawad kaki Persatuan Puteri Islam menjadi  naib johan bagi peringkat negeri pada tahun 2014.

Keupayaan SMKTA sebagai sebuah sekolah cemerlang turut terbukti apabila dianugerahkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang 2010 dan 2012, Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2012, Anugerah Lonjakan Saujana Pencapaian GPS Terbaik SPM Peringkat Daerah tahun 2012 dan mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Mussolah peringkat negeri 2013.

Popular posts

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Koperasi SMK Tun Aminah Batu Pahat Berhad
D/A SMK Tun Aminah
KM 7 Jalan Kluang
83000 Batu Pahat
Johor

No.Tel : 07-4342133
Email : koperasista@gmail.com

Unordered List

  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
  • Aliquam tincidunt mauris eu risus.
  • Vestibulum auctor dapibus neque.

Pages

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.